Seberapa banyak wang yang anda perlu untuk mula berdagang Forex?


Jika anda mahu menjadi seorang pedagang Forex dan tertanya-tanya berapakah modal yang anda harus laburkan dalam perdagangan, anda telah menemui tempat yang paling tepat. Di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan kepada anda amaun minimum yang anda akan perlukan untuk berdagang matawang.

Sebagai permulaan, ingatlah bahawa terdapat apa yang dipanggil akaun-akaun demo yang membolehkan anda berlatih tanpa perlu melaburkan walau satu dolar pun. Saiz akaun demo di FBS boleh sebesar $1 juta. Akaun demo akan membolehkan anda berlatih membuka pesanan dan menetapkan saiz posisi.

Jika anda sudah bersedia untuk berdagang menggunakan akaun sebenar dan menjana pendapatan sebenar, anda harus tahu jumlah wang yang anda perlukan untuk mula berdagang bergantung pada jenis akaun yang anda pilih. Sebagai contoh, untuk berdagang di akaun Micro, anda perlu deposit sekurang-kurangnya $5. Anda akan boleh membuka pesanan dengan volum serendah 0.01 lot dan menggunakan leveraj yang bersesuaian. Jika anda merancang untuk membuka banyak dagangan, pertimbangkan akaun Standard dengan spread terapung 0.5 pip. Akaun jenis ini memerlukan pelaburan minimum $100. Sila maklum bahawa anda boleh membuka satu akaun bagi setiap jenis. Untuk boleh membuka sehingga 10 akaun dari mana-mana jenis, anda perlu mengesahkan Laman Peribadi anda, tukar kaedah pengesahan dari emel kepada SMS, dan pastikan deposit total ke semua akaun di Laman Peribadi anda adalah $100 atau lebih.

Deposit anda menentukan saiz dagangan anda

Saiz dagangan minimum di FBS adalah 0.01 lot. Satu lot adalah saiz kontrak standard di pasaran matawang. Ia bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas (base currency), jadi 0.01 lot bersamaan dengan 1,000 unit matawang asas. Jika anda beli 0.01 lot EUR/USD, dan leveraj anda adalah 1:1000, anda akan memerlukan $1 sebagai margin untuk dagangan tersebut. Jika anda depositkan $5 ke akaun Micro, deposit anda akan mencukupi untuk margin ini dan anda akan boleh membuka 4 lagi dagangan dengan saiz yang sama. Setiap pip pergerakan harga akan menguntungkan atau merugikan anda $0.10.

Mari pertimbangkan pilihan-pilihan yang baik untuk seorang pedagang pemula. Contoh yang kami bentangkan di sini adalah selamat dari segi pengurusan risiko.

Deposit = $100

Jumlah risiko untuk setiap satu dagangan haruslah kurang dari 5%, tidak kira seberapa besar deposit anda. Mari kita gunakan risiko 3% ($3). Jika anda berdagang 0.01 lot, anda boleh mempunyai Renti Rugi (Stop Loss) sehingga 30 pip – ini lebih dari cukup untuk posisi intrahari (intraday). Nisbah risiko/ganjaran adalah ⅓, jadi potensi keuntungan untuk dagangan ini adalah 90 pips.

Deposit = $500

Bagaimana jika deposit anda adalah $500? Dengan risiko 3% ($15), saiz dagangan boleh sebesar 0.15 lot. Dalam kes ini, setiap pip untung/rugi akan bernilai $1.50. Dengan saiz posisi yang lebih besar, anda akan berkebolehan untuk menjana pendapatan dengan lebih pantas! Renti Rugi adalah sebanyak 10 poin. Jika anda perlukan Renti Rugi yang lebih lebar, anda boleh berdagang 0.1 lot: ini akan menjadikan setiap pip nilainya $1.00. Renti Rugi akan menjadi 15 poin. Dengan risiko 5% ($25), anda akan mempunyai SL (Stop Loss, Renti Rugi) 25 pip. Keuntungan di dalam kes ini (jika Ambilan Untung anda 3 kali lebih besar) adalah $75.

Deposit = $1000

Jika deposit anda adalah $1000, anda, pasti sekali, akan boleh membuka dagangan-dagangan yang lebih besar lagi. Risiko 3% untuk satu dagangan ($30) dan leveraj 1:1000 akan membolehkan anda berdagang 0.3 lot. Risiko 10% ($100) membolehkan anda berdagang 1 lot. Dalam kes seperti ini, keuntungan 30 pip akan menyumbangkan $300. Risiko yang optimal untuk $30 satu dagangan membolehkan anda berdagang 0.1 lot dengan SL 30 pip. Potensi keuntungan adalah $90.

Satu lagi perkara yang penting: ingat tentang Margin Call dan Stop Out. Margin Call (Panggilan Margin) adalah paras margin yang dibenarkan iaitu 40% dan ke bawah. Pada paras ini, syarikat berhak tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menutup semua posisi pelanggan kerana kekurangan margin bebas. Stop Out adalah paras margin terendah yang dibolehkan (20% atau lebih rendah) di mana program perdagangan akan mula menutup posisi-posisi pelanggan yang masih terbuka satu demi satu demi untuk mengelakkan kerugian berlanjutan yang menjurus kepada baki negatif (bawah $0).

Jika anda mematuhi peraturan pengurusan risiko dan tidak mendagangkan seluruh deposit anda sekali gus, anda akan selamat dari Margin Call dan Stop Out.

Kesimpulan

Seperti yang jelas di atas, anda memerlukan sekurang-kurangnya $5 untuk mula berdagang. Selebihnya terserah kepada anda! Anggarkan ilmu dan pengalaman anda dan fikirkan juga tentang matlamat anda. Seberapa banyak wang yang anda mahu hasilkan? Seberapa kerap anda akan berdagang? Lebih besar deposit, lebih besar saiz posisi, lebih banyak yang anda akan beroleh dari satu dagangan. Semua itu harus dipertimbangkan sambil memikirkan tentang risiko.

Pastikan anda hanya laburkan wang lebihan anda sahaja, dan bukan wang yang akan membiayai keperluan asas kehidupan anda. Perdagangan menawarkan peluang yang amat besar untuk mencari keuntungan, tetapi ia juga berisiko dan wujud potensi untuk rugi.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini