Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.1930/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1910/1950 penutup semalam.

Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata tanpa pemangkin yang penting, mata wang Asia akan terus menjejaki yuan, yang kekal sebagai barometer global terbaik untuk risiko perang perdagangan.

“Walaupun pasaran cuba menjangka perubahan kedudukan pada minggu ini, mesyuarat perdagangan antara AS dan China hampir mustahil pada peringkat ini.

“Dijangka risiko terus mempengaruhi aliran dagangan yuan,” katanya kepada BERNAMA.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0351/0377 daripada 3.0337/0374 semalam, bagaimanapun menokok berbanding yen kepada 3.9048/9083 daripada 3.9238/9286.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.1528/1569 daripada 5.1579/1636 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5985/6022 daripada 4.5988/5040 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini