Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri aliran meningkatnya selepas dagangan selama enam hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan berita positif mengenai perjanjian perdagangan AS-China yang mengalihkan minat pelabur daripada mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1350/1380 berbanding dolar US daripada 4.1290/1320 pada Selasa.

Peniaga berkata, dolar AS mendapat semula momentumnya berikutan harapan baharu ke atas perjanjian perdagangan AS-China serta prospek meningkat terhadap ekonomi AS untuk mendorong pelabur kembali kepada mata wang selamat.

Beliau berkata, terdapat harapan bahawa AS dan China boleh bekerjasama ke arah merapatkan jurang perbezaan mereka bagi menandatangani perjanjian perdagangan “fasa satu” seawal bulan ini susulan laporan berita bahawa White House mempertimbang untuk memansuhkan beberapa tarif yang dikenakan ke atas barangan China sebagai konsesi untuk mendapatkan perjanjian perdagangan “fasa satu.”

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0460 daripada 3.0443/0476 pada Selasa, namun menyusut berbanding yen kepada 3.7946/7984 daripada 3.7929/7960.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3275/3331 daripada 5.3248/3290, namun meningkat berbanding euro kepada 4.5861/5899 daripada 4.5952/5989. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini