5 tips untuk berdagang di musim cuti - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

5 tips untuk berdagang di musim cuti


Hujung Disember dan awal Januari adalah waktu yang janggal untuk pasaran kewangan: jadual perdagangan berubah kerana cuti perayaan dan ramai pedagang yang meninggalkan terminal mereka untuk berpergian. Ini menimbulkan satu soalan, "Bolehkah kita berdagang sepanjang dua minggu ini?" Jawapan FBS: ya, ia boleh dilakukan! Anda hanya perlu ingati beberapa tips supaya anda boleh membuat wang ketika orang lain berehat.



Tip #1 – Ambil kira trend musim dalam pertimbangan anda
Jika anda sudah pun mempunyai serba sedikit pengalaman berdagang, mungkin anda perasan bagaimana matawang cenderung untuk jatuh dalam satu waktu tertentu dan naik dalam tempoh yang lain – inilah yang dikenali sebagai "kecenderungan bermusim". Secara khususnya, apa yang dipanggil sebagai kesan "hujung tahun" ialah USD cenderung untuk melemah di hari-hari terakhir setiap tahun, tetapi ia mula pulih kembali pada bulan Januari dan Februari. Ini berlaku kerana tarikh akhir percukaian dan laporan. Sebagai tambahan, banyak posisi yang ditutup sebelum hujung Disember dan dibuka semula pada awal Januari. Pertimbangkan perkara-perkara ini bila merancang perdagangan anda dan berhati-hati menguruskan wang anda.

Tip #2 – Laras semula renti rugi dan ambilan untung
Biasanya kemeruwapan mereda di waktu musim perayaan. Oleh kerana itu anda perlu melaras semula saiz standard renti rugi dan ambilan untung anda. Sebagai contoh, jika anda biasanya meletakkan ambilan untung 100 pip dari titik masuk anda, mungkin memilih sasaran 70-80 pip adalah lebih baik.

Tip #3 – Scalping jika boleh
Pasaran kurang meriah kerana ramai yang memutuskan untuk berehat dan menyambut perayaan. Kecairan lebih rendah dari biasa. Kesannya pasangan-pasangan major menghabiskan majoriti masa mereka di dalam julat yang sempit. Dalam suasana yang begitu, mungkin munasabah untuk mempertimbangkan strategi scalping – tapi jangan lupa untuk menyemak spread. Dalam analisis teknikal, fokus mencari aras sokongan dan rintangan. Teknik perdagangan dalam julat juga boleh membentu. 

Tip #4 – Periksa kalendar
Walaupun tiada perdagangan pada 26 Disember dan 1 Januari, hari-hari lain akan menawarkan kepada anda banyak peluang untuk membuka dagangan. Anda boleh temui waktu-waktu operasi pasaran dan FBS di dalam seksyen "Berita Syarikat" di laman web. Sila ambil maklum bahawa walaupun kalendar ekonomi di waktu perayaan mengandungi hanya beberapa peristiwa penting, satu berita yang kecil sekali pun boleh menggerakkan pasaran yang "tipis". Jadi walaupun pada kebanyakan masa pasaran di waktu perayaan tampak seperti laut yang tenang, keadaan boleh berubah sekelip mata dan mengakibatkan tanjak tajam (spikes) pada harga.

Tip #5 – Lindungi diri anda dan sentiasa waspada 
Ingat tentang pengurusan risiko: pesanan renti rugi, sebagai contoh, akan melindungi anda dari kejadian yang tak diingini. Dalam masa yang sama, bersedia untuk membuat duit dari lonjakan besar harga yang berlaku sekali-sekala, dan gunakan MetaTrader versi mudah alih untuk memantau instrumen-instrumen penting. 

Kesimpulan
Anda mungkin pernah mendengar nasihat bahawa hujung tahun bukan masa yang terbaik untuk berdagang. Bagaimana pun jika anda berhati-hati dan memberikan perhatian kepada sifat-sifat khusus pasaran dalam waktu-waktu begini, anda pasti boleh berjaya.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini