Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, didorong oleh minat belian baharu ke atas nota tempatan walaupun dolar kekal kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu hasil daripada data pertumbuhan AS teguh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1390/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1440 pada penutupan Isnin.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata aliran bon dan kemasukan ke pasaran ekuiti dijangkakan meningkat apabila sentimen pelabur mula menyakini peningkatan dalam ekonomi global.

“Kita berada dalam musim cuti dengan peserta pasaran hanya mengambil risiko kecil menjelang tahun baharu, namun ini hanya sementara kerana semuanya kini menjurus kepada dialog positif antara Amerika Syarikat dan China.

“Masih ada sentimen berhati-hati ketika persetujuan ‘fasa satu’ diperhalusi. Pedagang Asia pastinya gembira apabila perjanjian itu dimeterai,” kata Innes kepada Bernama.

Beliau berkata, ringgit dijangka didagangkan antara 4.135 hingga 4.150 bagi tempoh berbaki minggu ini dan kemungkinan hingga ke minggu depan, jika tiada kejutan negatif berlaku dalam perbincangan perdagangan, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali euro.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0576 daripada 3.0536/0569 pada Isnin, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7820/7876 daripada 3.7855 7893 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3559/3628 daripada 5.3866/3922 .

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding euro kepada 4.5906 / 5965 daripada 4.5891 / 5940 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini