Ringgit kembali ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana.

Ia setelah mencatatkan kenaikan ketara susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Unit tempatan ditutup pada 4.2120/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2100/2200 ketika ditutup pada 6 petang semalam.

Ketua Pakar Strategi AxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit kekal stabil dengan disokong pakej rangsangan ekonomi berkenaan.

“Selain itu mata wang negara Asia juga mengalami kurang penjualan buat masa ini memandangkan pasaran menjangkakan ekonomi China/Asia akan pulih tidak lama lagi.

“Justeru, mata wang Asia mengalami perubahan pasaran yang kecil serta tidak terlalu ketara bagi ringgit berikutan isu politik yang belum diselesaikan,” katanya.

Pada aliran yang sama, ringgit susut berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0215/0269 daripada 3.0181/0264 pada Khamis dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.8749/8815 daripada 3.8210/8308.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.4343/4438 daripada 5.4317/4459 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.6517/6588 daripada 4.6032/6154. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini