Strategi "The Third Candle"

Jika anda sudah biasa dengan kaedah aksi harga (price action), anda pasti tahu tentang pola "Third Candle" (Kandil Ketiga). Pola ini terbukti ringkas dan efektif untuk para pedagang. Dalam artikel ini, kita akan pertimbangkan suatu strategi yang berasaskan kepada pola ini.



Apakah itu pola "Third Candle"?

Pola yang kami akan jelaskan adalah sebuah pola penyongsangan (reversal pattern). Para pedagang sering terkeliru antara pola tersebut dan pola "Three Black Crows" atau "Three White Soldiers". Perbezaan utama antara mereka adalah bagaimana "Third Candle" mempunyai hanya sedikit syarat dan kekangan tentang harga pembukaan setiap candlestick

Formasi pola bearish yang mengisyaratkan penyongsangan ke arah bawah bermula dengan kandil yang bearish (kandil pertama di dalam gambar) yang mempunyai harga tinggi yang lebih tinggi, dan ia menggantikan candlestick bullish "zero". Selepas itu, kita nantikan kandil bearish kedua yang mengesahkan pergerakan ke bawah. Bila ia tutup, kita boleh katakan bahawa pola ini sudah terbentuk di carta. Kandil ketiga digunakan untuk membuka posisi short.

Begitulah juga sebaliknya bila kita mengenal pasti pola bullish. Kandil bullish pertama harus muncul selepas kandil "zero" yang bearish. Ia  harus mempunyai harga rendah yang lebih rendah. Candlestick bullish kedua digunakan sebagai pengesahan penyongsangan ke atas. Harga pembukaan ketiga adalah aras di mana kita membuka posisi long.


Sekarang mari kita lihat algoritma strategi ini. 

Unsur-unsur asas
Adalah disyorkan untuk menggunakan strategi ini sewaktu sesi perdagangan Eropah dan Amerika di rangka masa intrahari. Selain itu, anda harus tambahkan indikator Stokastik (5, 3, 3) ke carta anda sebagai penyaring (filter).

Setup untuk posisi long
1. Mula-mula sekali, kita nantikan pembentukan pola "Third Candle" bullish.

Jika tubuh kandil pertama dan kedua sangat kecil – anda tidak patut masuk ke pasaran, kerana ia menunjukkan bulls sedang kehilangan tenaga.

2. Kedua, kita lihat pada osilator Stokastik. Garisan-garisannya harus bergerak ke atas.

3. Jika semua syarat dipenuhi, kita masuk dengan posisi long di harga pembukaan candlestick ketiga.

4. Kita pasang renti rugi (stop loss) di bawah harga rendah candlestick pertama.

5. Kami syorkan anda untuk rentetkan (to trail) ambilan untung anda dan tutup posisi bila anda nampak ada tanda-tanda penyongsangan ke bawah (penyilangan osilator Stokastik di zon terlebih beli atau jika ia mencapai aras rintangan yang kuat).

Di bawah, kami sediakan satu contoh bagi strategi ini.


Pada carta H1 EUR/USD, kita dapat cerap bahawa harga rendah candlestick bullish menganjak sedikit lebih rendah dari harga rendah candlestick bearish sebelumnya pada 28 Februari. Candlstick kedua mengesahkan pergerakan ke atas dan stokastik sedang bergerak naik. Kita buka posisi long di harga pembukaan iaitu di 1.13818. Aras renti rugi ditetapkan di harga rendah candlestick pertama di 1.1366. Kita rententkan (trailed) aras ambilan untung dan tutup posisi di bawah sedikit dari aras rintangan di 1.1399

Setup untuk posisi short
Senario untuk pembukaan posisi short sama seperti yang dijelaskan di atas. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Nantikan pembentukan "Third Candle" bearish.

Seperti mana di senario dagangan long, tubuh kandil pertama dan kedua mestilah tidak kecil.

2. Osilator Stokastik harus menurun.

3. Kita bukan posisi short di harga pembukaan candlestick ketiga.

4. Kita pasang renti rugi (stop loss) di atas harga tinggi candlestick pertama.

5. Kita kaut keuntungan bila kita percaya harga akan menyongsang ke atas tidak lama lagi (sebagai contoh, sokongan yang kuat dicapai atau penyilangan indikator Stokastik berlaku di zon terlebih jual).

Contoh bagi dagangan short ditunjukkan di carta di bawah.


Di carta H1 EUR/USD, kita boleh lihat pembentukan pola "Third Candle". Selain itu, kita juga dapat lihat bahawa osilator Stokastik bergerak menurun. Kita buka posisi short di harga pembukaan kandil ketiga, iaitu di 1.1141. Renti rugi diletakkan di harga tinggi candlestick pertama, iaitu di 1.1158. Kita rentetkan posisi kita dan tutup ia bila osilator stokastik hendak membentuk penyilangan di dalam zon terlebih jual. Kita tutup posisi di 1.1098.

Tips tambahan
1. Jika harga kekal di paras yang hampir sama selama 5 bar selepas kemasukan anda, anda perlu tutup posisi anda.

2. Adalah disyorkan untuk tidak berdagang dalam tempoh 30 minit sebelum/selepas pengumuman penting (berita).

Kesimpulan
Strategi "Third Candle" adalah kaedah dari jenis aksi harga yang mudah. Ia mudah difahami dan boleh membantu keputusan perdagangan intrahari anda.







Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini