Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?


Apakah yang dimaksudkan dengan bank pusat?

Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik untuk kita mulakan dengan takrifan ringkas. Sebuah bank pusat adalah bank kebangsaan suatu daulah yang beroperasi secara bebas dan mempengaruhi dasar kewangan. Ia bertindak sebagai bank untuk bank-bank komersil lain di negara tersebut.

Matlamat utama bank pusat adalah untuk menjaga kestabilan harga dengan mengawal inflasi dan memastikan suasana ekonomi yang stabil di negara tersebut.

Bank pusat mempunyai satu sifat yang penting: ia adalah satu-satunya institusi kewangan yang diberikan kuasa oleh undang-undang untuk mencetak wang sebagai tunai yang sah. Dengan mencetak wang, bank pusat berpeluang untuk mengawal amaun wang yang beredak di dalam ekonomi. Menggunakan fitur ini, bank pusat mengawal aras inflasi dan suasana ekonomi.

Dasar monetari

Mari kita bincangkan tentang dasar monetari yang digunakan oleh bank-bank pusat untuk mengawal kadar infasi.

Untuk mengawal aras inflasi, bank-bank pusat boleh menggunakan salah satu dari dua jenis dasar: akomodatif dan restriktif.

Dasar monetari akomodatif/ longgar/ mengembang

Jika pertumbuhan KDNK adalah rendah, bank pusat meningkatkan bekalan tunai di negara itu. Tambahan lagi, bank pusat mengurangkan kadar faedah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan merendahkan inflasi. Pelaburan bisnes dan perbelanjaan konsumer meningkat kerana pinjaman menjadi murah. Kesannya, bila dasar sebegini diamalkan bank pusat mencetus satu persekitaran yang subur untuk pertumbuhan ekonomi tetapi memberikan kesan kepada matawang domestik.

Disebabkan oleh kadar faedah nyata yang rendah, pelabur asing tidak akan mengekalkan pegangan aset kewangan dan modal di dalam negara tersebut, dan para pelabur domestik akan mencari kadar faedah yang lebih menggiurkan di luar negara. Penurunan pelaburan akan menjurus kepada pengurangan permintaan terhadap matawang domestik. Matawang domestik akan menyusut nilainya berbanding matawang asing.

Sebagai kesimpulan untuk dasar monetari akomodatif, bolehlah dikatakan bahawa apabila bank pusat menerapkan dasar sebegini ia membawa kepada pertumbuhan ekonomi domestik tetapi mempunyai kesan tidak baik terhadap matawang kebangsaannya.

Dasar monetari restriktif/ ketat/ mengecut



Bila jumlah wang yang beredar di dalam ekonomi terlalu banyak, bank pusat menaikkan kadar faedah untuk mengurangkan bekalan tunai dan mengurangkan aras inflasi. Kadar faedah yang tinggi menghadkan kemampuan bisnes dan isi rumah untuk meminjam. Konsumer domestik kerugian. Namun, dengan menaikkan kadar faedah, bank pusat mencetus suasana kondusif untuk pelaburan. Para pelabur asing cenderung untuk mengekalkan aset domestik. Natijahnya, imbangan di akaun modal negara tersebut semakin baik. Para pelabur domestik akan melabur di negara mereka sendiri juga. Kadar pelaburan yang tinggi akan membawa kepada peningkatan matawang domestik, lantas kadar tukarannya juga akan meningkat.

Kesimpulannya, implementasi dasar restriktif memberi kesan kepada bisnes dan isi rumah domestik kerana kadar faedah yang tinggi dan kekurangan peluang untuk meminjam, namun ia menguatkan matawang kebangsaan.


Kesimpulan: Mengapa para pedagang harus memberikan perhatian kepada dasar bank pusat?

Kembali kepada persoalan pokok artikel ini, mari kita rangkumkan mengapa ianya penting untuk para pedagang untuk mengambil kira dasar bank pusat dalam pertimbangan mereka.

Untuk memudahkan penjelasan, mari kita pertimbangkan satu contoh. Bila suatu bank pusat merendahkan kadar faedah dan mengekalkannya untuk satu tempoh masa yang lama, para pedagang boleh mencari bank pusat yang mempunyai dasar berlawanan – meningkatkan kadar faedah. Para pedagang akan menyimpan wang dalam matawang bank pusat kedua yang memberikan kadar faedah lebih tinggi untuk mendapat lebih banyak pulangan atau mereka boleh meminjam wang dari bank pertama yang kadar faedahnya lebih rendah dan kemudian menggunakannya untuk melabur di dalam matawang yang satu lagi.

Satu lagi fakta yang penting adalah betapa matawang negara yang bank pusatnya mengamalkan dasar monetari restriktif lebih stabil dan ekonomi negara tersebut lebih sihat dari negara yang mengamalkan dasar monetari akomodatif.

Kesan dari hal yang tersebut, matawang yang kadar faedah bank pusatnya lebih tinggi akan meningkat berbanding sesuatu matawang yang bank pusatnya mempunyai kadar faedah lebih rendah.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini