Langkah Berjaga-jaga dan Tindak Balas FXTM terhadap Wabak Coronavirus - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Langkah Berjaga-jaga dan Tindak Balas FXTM terhadap Wabak Coronavirus


Oleh sebab situasi berkaitan dengan penularan Coronavirus global semakin berlarutan, kesejahteraan dan keselamatan pekerja dan pelanggan FXTM tetap menjadi keutamaan kami. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami berterusan melaksanakan langkah berjaga-jaga dan protokol keselamatan.

Kami mematuhi garis panduan global dan arahan kerajaan tempatan dengan tegas dan telah mengeluarkan strategi kontingensi untuk melindungi pekerja dan pelanggan kami. Paling penting, kami memastikan kesinambungan perniagaan dengan meneruskan penyampaian perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pelanggan dengan gangguan yang seminimum mungkin.

Kami telah menggunakan pelbagai langkah berjaga-jaga termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut:

* Mengatur untuk kebanyakan pekerja kami bekerja dari rumah untuk mengelakkan kepadatan di lokasi pejabat kami. Bagi sebilangan kecil pekerja yang tetap bekerja dari pejabat masing-masing, kami telah menyediakan kelengkapan kebersihan perlindungan seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk tangan.

* Mematuhi protokol sanitasi yang paling teliti berkenaan menyahjangkit tempat kerja kami. Pekerja yang tetap berada di lokasi pejabat kami akan diukur suhu badan mereka setiap hari oleh jururawat profesional.

* Penggantungan semua aktiviti secara bersemuka termasuk seminar, bengkel dan perjumpaan pihak ketiga yang dijadualkan diadakan di rantau yang terjejas. Pada masa ini aktiviti ini dikendalikan melalui pelbagai platform digital.

* Pelaksanaan strategi perniagaan kontingensi operasi terpisah yang teruji dengan baik, memanfaatkan kehadiran global kumpulan FXTM untuk memastikan semua fungsi penting tidak bekerja dari lokasi yang sama. Perkara ini dilaksanakan untuk memastikan tiada gangguan dalam perkhidmatan kepada pelanggan kami, walaupun dalam keadaan genting.

Syarikat akan terus memantau perkembangan penularan wabak ini dengan teliti dan mematuhi protokol perubatan daripada semua pihak berkuasa. Kami juga akan terus berkongsi garis panduan keselamatan yang terkini dengan pekerja dan pelanggan kami dengan sewajarnya.

Walaupun masanya tidak pasti dan kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, kami juga berazam untuk memastikan pedagang kami sentiasa diberikan maklumat terkini tentang pergerakan tidak menentu yang mendadak dalam pasaran — dan juga sebarang peluang dagangan yang terhasil daripada ketaktentuan ini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini