Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang diperbaharui untuk mata wang itu.

Namun, penyusutan dalam kontrak minyak terdekat mungkin akan memberikan kesan yang kurang baik.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.3530/3630 berbanding dolar AS daripada 4.3600/3680 yang direkodkan pada Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pemasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata keadaan di pasaran minyak menjadi faktor utama dalam pasaran mata wang, yang dipengaruhi oleh pemulihan harga minyak dalam enam hingga lapan minggu.

"Pada masa yang sama, pedagang mata wang meningkatkan tahap kewaspadaan," katanya.

Semasa ditutup, ringgit mencatatkan transaksi yang lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ia turun terhadap dolar Singapura kepada 3.0672/0754 daripada 3.0594/0657 dan lemah berbanding yen kepada 4.0610/0715 daripada 4.0494/0576.

Berbanding pound, ringgit menyusut kepada 5.4121/4254 daripada 5.3741/3853 manakala berbanding euro, ia jatuh kepada 4.7221/7347 daripada 4.6927/7030.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini