Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh peningkatan harga minyak dan laporan yang mengatakan China bercadang membeli minyak untuk rizab negara itu, menurut penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3480/3550 berbanding dolar AS daripada 4.3480/3550 ketika ditutup Rabu.

Ketua Pakar Strategi Pasaran global AxiCorp, Stephen Innes, berkata niaga hadapan minyak mentah menokok selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi keyakinan bahawa perang harga Arab Saudi dan Rusia mampu diselesaikan.

“China juga bercadang mengumumkan kelompok keempat kawasan strategik rizabnya,” kata Innes dalam satu nota hari ini.

Di peringkat tempatan, kebimbangan yang tercetus daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mendorong pelabur mencari perlindungan untuk dolar AS.

Innes berkata, pasaran pesat membangun turut menghadapi aliran keluar yang ketara di tengah-tengah isyarat pelanjutan tempoh PKP.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding euro kepada 4.7537/7631 daripada 4.7554/7731 ketika ditutup Rabu, namun, susut daripada dolar AS kepada 3.0395/0457 daripada 3.0341/0454 semalam.

Unit tempatan juga lemah berbanding pound Britain kepada 5.4180/4285 daripada 5.3762/3964 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 4.0518/0591 daripada 4.0416/0567 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini