Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak yang bertambah baik, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3270/3370 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3310/3370 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata pasaran global dan harga minyak berada dalam keadaan tidak menentu sejak 24 jam lalu berikutan kebimbangan terhadap permintaan dan semakin banyak negara mula membukakan perlahan-lahan ekonomi.

"Dengan harga minyak bergerak di landasan yang betul setiap minggu serta bank pusat China membayangkan lebih banyak langkah-langkah dasar akan diperkenalkan untuk menyokong ekonomi negara itu yang dilanda pandemik, ia sepatutnya membantu memberi sokongan kepada mata wang serantau," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup kukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0530/0597 daripada paras penutup 3.0645/0696 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 4.0247/0326 daripada 4.0716/0780.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6814/6909 daripada 4.6948/6022 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3356/3464 daripada 5.3626/3718 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini