Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan minat belian yang meningkat dan ketegangan perang perdagangan AS-China yang semakin berkurangan.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0460/0500 berbanding dolar AS daripada 4.0500/0530 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata ketegangan perdagangan yang semakin berkurangan membantu memulihkan keyakinan pelabur dan minat untuk mengambil risiko dalam mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

"Selain itu, USD-MYR telah menunjukkan kelemahan selepas gagal melepasi paras 4.0515 pada minggu lalu," katanya.

Beliau juga berkata pelabur menantikan data ekonomi utama dari China dan AS untuk hala tuju pelaburan yang seterusnya.

China dijadual mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data pengeluaran perusahaannya hari ini, dan AS akan mengumumkan jualan runcit bagi Jun dan data pengeluaran perusahaan lewat hari ini dan esok.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah, kecuali yen.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9639/9679 daripada 2.9620/9651, susut berbanding euro kepada 4.7269/7332 daripada 4.7122/7161 dan turun berbanding pound British kepada 5.3553/3614 daripada 5.3189/3236 pada Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.5968/6013 daripada 3.6006/6043.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini