Ringgit dijangka didagangkan rendah berbanding dolar AS minggu depan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dijangka didagangkan rendah berbanding dolar AS minggu depan



KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan rendah berbanding dolar AS minggu depan susulan kurangnya pemangkin positif, kata penganalisis.


Keta Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global Jameel Ahmad berkata, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan US dijadual menyiarkan laporannya pada 22 Ogos selain  laporan inflasi Malaysia pada 24 Ogos.


Beliau berkata, ringgit turun di bawah paras 4.10 berbanding dolar pada minggu yang baru berakhir, ini akan membuka ruang untuk potensi kembali ke paras 4.15 pada minggu akan datang,

"Peningkatan ini dijangkakan berlaku memandangkan pergerakan pasaran kewanan yang ditentukan oleh pemacu luar. Perang perdagangan dan risio politik merupakan dua faktor berlakunya turun naik ini," katanya kepada Bernama.

Jameel berkata pasaran pesat membangun mengharapkan berita mengenai China kembali berunding dengan Amerika Syarikat lewat bulan ini,  akan menyediakan pemangkin yang diperlukan untuk merndorong minat pelabur untuk mengambil risiko.

"Jika hasil perbincangan positif, ia akan meningkatkan kemungkinan pelabur untuk memasuki semula pasaran pesat membangun, yang akan meningkatkan permintaan belian ke atas ringgit dan mata wang rakan serantau.

Ringgit didagangkan rendah di sepanjang minggu yang baru berakhir susulan krisis lira Turki serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih lemah berbanding unjuran pada suku kedua tahun ini.

Gangguan bekalan menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan, dengan mencatat pertumbuhan 4.5 peratus dalam suku kedua (Q2)  2018 berbanding 5.8 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas, jauh lebih rendah berbanding unjuran kebanyakan pakar ekonomi.

Berdasarkan kedudukan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1050/1080 berbanding dolar daripada 4.0830/0870 pada minggu sebelumnya.

Berbanding kebanyakan mata wang utama lain, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9842/9868 berbanding 2.9781/9813 dan rendah berbanding yen kepada 3.7129/7173 daripada 3.6800/6846.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.2150/2204 berbanding 5.2193/2248 pada minggu sebelumnya dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6723/6765 daripada 4.6779/6837.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini