Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan kesan krisis lira Turki yang mula reda manakala minyak mentah Brent yang meningkat kepada AS$72.14 setong, turut membantu sentimen ke atas unit tempatan.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0990/0200 berbanding dolar daripada 4.1050/1080 pada Jumaat.

"Kesan terus lira semakin reda. Ringgit akan terus mengukuh minggu ini,” katanya.

Ringgit juga lemah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding pound British kepada 5.2225/2276 berbanding 5.2150/2204 pada Jumaat, rendah berbanding euro kepada 4.6765/6804 daripada 4.6723/6765.

Ringgit juga tinggi berbanding yen kepada 3.7045/7075 daripada 3.7129/7173 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9885/9913 daripada 2.9842/9868 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini