Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar prestasi positif pasaran ekuiti tempatan.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1515/1555 berbanding dolar AS daripada 4.1540/1580 pada Isnin.

Peniaga berkata, sentimen pasaran yang semakin baik di bursa tempatan kebanyakan menjejaki lantunan semula dalam pasaran saham Asia utama berikutan jualan besar-besaran baru-baru ini, yang menyebabkan sokongan belian yang sederhana terhadap ringgit.

Bagaimanapun, katanya, keuntungan dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah disebabkan oleh pengeluaran dan inventori yang tinggi di AS

Pada penutup, ringgit didagangkan kebanyakan meningkat berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding pound British.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0153/0189 daripada 3.0171/0205 pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7027/7070 daripada 3.7176/7225 semalam, sementara berbanding euro, ia meningkat kepada 4.8041/8096 daripada 4.8132/8187 sebelumnya.

Berbanding pound British, ia susut kepada 5.4804/4861 daripada 5.4617/4690 pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini