Jelajah Seminar XM 2019 - Pulau Pinang 23 Februari 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Jelajah Seminar XM 2019 - Pulau Pinang 23 Februari 2019



Jelajah Seminar XM 2019.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
XM akan memulakan perjalanan jelajah seminarnya yang pertama bagi tahun 2019 di bandar Pulau Pinang.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kali ini kami akan bawakan tenaga pengajar forex profesional iaitu Mohd Helmi Izani yang akan menyampaikan tajuk berkenaan dengan Indikator Dagangan Swing Avramis.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pendaftaran untuk jelajah seminar di Pulau Pinang telah dibuka dan buat pelanggan-pelanggan yang tinggal disekitar bandar Pulau Pinang jangan lepaskan peluang ini!

Pada Februari 2019, XM meneruskan jelajah seminar di seluruh Malaysia bagi menyediakan pendidikan dagangan forex percuma kepada pelabur atas talian yang baru dan berpengalaman yang mempunyai keinginan untuk belajar daripada yang terbaik dan berhasrat untuk mengembangkan kemahiran dagangan mereka demi memperolehi hasil yang lebih baik.

Tiga destinasi pertama ialah Pulau Pinang, Melaka dan Kedah diikuti oleh beberapa bandar lain di mana wakil syarikat kami berharap untuk bertemu dengan pelanggan baru dan sedia ada yang akan menyertai acara tersebut.

Di setiap lokasi seminar, pengajar profesional Mohd Helmi Izani akan mengulas tajuk mengenai Strategi Dagangan Swing Avramis, yang direka untuk memberikan maklumat berharga mengenai alatan analisis teknikal yang digunakan untuk menunjukkan jangkaan harga kami dalam dagangan swing meramal bagaimana forex atau instrumen kewangan yang lain boleh didagangkan di bawah keadaan pasaran yang berbeza.

Semua butiran yang dijelaskan dan ditunjukkan oleh Mohd Helmi Izani dengan contoh sebenar bertujuan untuk mengajar peserta seminar bagaimana untuk menentukan di mana untuk melakukan pesanan untuk memasuki pasaran, pesanan ambil keuntungan dan henti kerugian, bagaimana untuk mengenal pasti dan berdagang di luar paras sokongan dan rintangan serta yang terakhir teknik apa yang digunakan utk pengurusan risiko yang mampan.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Untuk maklumat lanjut tentang jelajah seminar dan mendaftar, sila klik pada pautan di bawah;




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini