Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu ditutup hari ini berikutan belian yang berterusan, kata peniaga.

Pada 6 petang ini, ringgit meningkat sedikit kepada 4.1110/1150 berbanding dolar AS daripada paras 4.1140/1170 sewaktu ditutup semalam.

Menurutnya, ringgit juga terbukti memanfaatkan kelemahan dolar AS susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell yang memberi isyarat jelas mengenai langkah menurunkan kadar faedah pada akhir bulan ini.

"Ringgit yang mengukuh itu dijangka menarik lebih banyak dana asing dalam jangka panjang. Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan persepsi terhadap ketidaktentuan dalam pasaran global," katanya.

Dalam pada itu, ringgit turut kukuh berbanding kelompok mata wang asing lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1511/1586 daripada 5.1565/1619 pada Khamis dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0217/0251 daripada 3.0339/0373.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.6273/6323 daripada 4.6348/6390 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7910/7954 daripada 3.8029/8060, sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini