Mula-mula sekali, ada apa dengan mesyuarat Rizab Persekutuan pada hari Rabu ini? Regulator ini dijangka akan menurunkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas. Jika ini terjadi, ia akan menjadi pelonggaran dasar ketiga tahun ini. Pemotongan kadar boleh melemahkan USD.
USD dijangka akan lebih meruwap dengan pengumuman data perburuhan Amerika pada hari Jumaat. Ada beberapa acara yang boleh memberikan impak kepada angka NFP pada kali ini. Pertama sekali, mogok paling lama setakat ini oleh pekerja industri automotif di General Motors. Selain itu, kita tidak harus lupa tentang perang dagang AS-China. Faktor-faktor negatif telah merendahkan jangkaan penganalisis.
Terus berwaspada dengan acara-acara paling penting di pasaran: pada 20:00 MT 30hb Oktober dan 14:30 MT 1hb November.
Awal bulan November kali ini hangat yang luar biasa akibat dari mesyuarat Rizab Persekutuan pada hari Rabu dan pengumuman NFP pada hari Jumaat. Pastikan anda berikan perhatian kepada kombo ini: dua acara ini acara paling penting untuk USD, dan kedua-duanya berlaku dalam satu minggu.
30hb Okt
20:00 waktu MT
Mesyuarat Rizab Persekutuan
1hb Nov
14:30 waktu MT
Pengumuman NFP untuk Oktober