ADAKAH PILIHANRAYA UMUM UK AKAN MENAMATKAN BREXIT? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ADAKAH PILIHANRAYA UMUM UK AKAN MENAMATKAN BREXIT?


Selepas tiga percubaan untuk mendapatkan persetujuan dari Parlimen untuk mengadakan pilihanraya awal, ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk mengadakan Pilihanraya Umum pada 12 Disember.
Usul untuk mengadakan pilihanraya awal sebelum Krismas telah dibawa oleh Boris Johnson dalam percubaannya untuk "menyegarkan semula Parlimen".

Menurut pendapat Perdana Menteri itu, Parlimen semasa adalah sebab sebenar di sebalik gendala politik Brexit. Kini, En. Johnson berharap Parti Konservatif beliau mendapat majoriti dan berjaya menyelesaikan rundingan Brexit sebelum tarikh akhir Brexit pada 31 Januari.

Walaupun menghadapi protes dan keserabutan Brexit, Parti Konservatif mendahului sokongan. Parti Buruh kekal di tempat kedua, hanya beberapa mata di hadapan Liberal Demokrat.

Bagaimanakah situasi ini boleh mempengaruhi GBP? Menurut penganalisa, jika konservatif mendahului sokongan, ia akan memberi kesan positif kepada GBP untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, jika Parti Buruh memerintah, pound British dijangka akan melemah.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini