BAGAIMANA DONALD TRUMP MEMPENGARUHI EMAS? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

BAGAIMANA DONALD TRUMP MEMPENGARUHI EMAS?


Emas berjaya pulih sedikit minggu lalu selepas ucapan Presiden AS tentang rundingan dagang dengan China, yang telah merendahkan optimisme tentang penamatan pertikaian dagang tersebut tidak lama lagi. Komen-komen beliau telah menyebabkan sentimen risk-off di pasaran dan mendorong para pelabur membeli emas.

Komen yang bercampur baur dari En. Trump telah mengelirukan pasaran. Pada mulanya, beliau berkata kata sepakat sudah dicapai tetapi tidak memberikan sebarang butiran tentang bila atau di mana perjanjian akan ditandatangani. Selepas itu, beliau mengancam China dengan tarif jika mereka tidak menyetujui terma rundingan fasa pertama. Bagaimana dengan Rizab Persekutuan?

Pada satu ucapan baru-baru ini, En. Powell berkata bahawa tidak ada sebab untuk penerusan pengembangan ekonomi. Beliau juga memaklumkan bahawa Fed tiada rancangan untuk memotong lagi kadar faedah, walaupun Trump memberikan tekanan untuk mereka meneruskannya. Harga emas memberikan reaksi yang terhad terhadap komen-komen beliau. Namun, Federal Open Market Committee masih mempunyai pelaung untuk mencetus pergerakan harga emas menerusi minit mesyuarat FOMC pada hari Rabu ini.

Minggu ini kami mencadangkan anda terus mengikuti perkembangan rundingan dagang. Oleh kerana situasi berubah dengan pantas, sebarang komen dari wakil-wakil Rumah Putih boleh menggegar harga logam kuning ini. Jika ada perkembangan yang optimistik, harga untuk emas akan melemah. Sebaliknya, ketidaktentuan yang lebih meruncing akan membantu bulls di arena emas menguji semula harga-harga tinggi.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini