Bagaimana cara-cara membuat untung menggunakan korelasi forex? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana cara-cara membuat untung menggunakan korelasi forex?


Adakah anda sudah biasa dengan istilah "korelasi"? Dalam bahasa yang mudah, korelasi adalah kesalinghubungan atau hubungan antara dua atau lebih perkara. Anda dapat melihat korelasi dalam pasaran kewangan. Izinkan saya menunjukkan satu muslihat mudah menggunakannya!

Cuba teka, apakah persamaan di antara Google dan Facebook? Ya, kedua-duanya adalah syarikat terbesar di AS, tetapi mereka juga adalah pengiklan besar. Itulah sebabnya dinamik harga saham mereka sangat serupa. Justeru dari itu, bila melihat carta harga mereka, anda dapat melihat gambar yang hampir sama. Ini muslihatnya: ketika salah satu syarikat tersebut ketinggalan (lagging), anda dapat meramal pergerakan masa depannya dengan kebarangkalian yang tinggi hanya dengan melihat kembarnya. Dengan kata lain, jika saham Facebook naik dan saham Google belum naik, saham Google akan naik tidak lama lagi.

Muslihat ini juga berkesan untuk matawang! Di bawah, anda akan menemui jadual yang amat berguna di mana anda boleh lihat pasangan-pasangan yang berkorelasi positif dan negatif. Agar lebih jelas, positif bermaksud kedua-duanya bergerak dalam arah yang sama, dan negatif pula bermaksud mereka bergerak dalam arah yang berlawanan.

Kadang kala, carta yang berkorelasi boleh mencapah (diverge). Sungguh pun begitu, walaupun dalam kes sebegini, anda juga boleh menggunakan korelasi untuk mengurangkan risiko atau menggandakan keuntungan anda. Katakan anda memutuskan untuk membeli pasangan mata wang AUD/USD. Rahsianya ialah anda boleh mengambil satu atau dua pasangan mata wang berkorelasi dan membelinya juga. Bagi contoh ini, anda boleh membeli NZD/USD dan GBP/USD. Sekiranya dua daripadanya naik dan yang ketiga turun, anda pasti akan untung. Mudah? Anda juga boleh membandingkan sendiri carta dan mencari stok dan pasangan matawang yang berkorelasi!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini