Emas Berpesta Kerana Koronavirus... Apa Yang Berlaku? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Emas Berpesta Kerana Koronavirus... Apa Yang Berlaku?


Emas mengalami banyak sekali penurunan dan kenaikan sejak pandemik koronavirus bermula. Dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia akan terus menjadi salah satu aset perlindungan yang terhebat.

Di dalam persekitaran di mana ketidaktentuan mendominasi, harga emas akan meningkat, terutamanya jika perang dagang antara AS dan China sengit kembali.
Menurut UBS, harga emas boleh "menembusi paras-paras tertinggi" yang kita lihat pada awal tahun ini, setelah menurun pada bulan Mac bersama dengan aset lain: "Terdapat peningkatan potensi (untuk emas) menembusi paras $1,800 (per auns)". Bank of America meramalkan bahawa emas akan mencecah $3,000 dalam masa 18 bulan.

Permintaan terhadap emas meningkat pada suku tahun pertama 2020 lantaran dari kebimbangan berkenaan CoViD-19 lantas merancakkan permintaan untuk logam berharga ini sebagai aset perlindungan. Permintaan total pelaburan emas meningkat sebanyak 80% setahun ke setahun, mencapai paras tertinggi dalam empat tahun sebanyak 539.6 tan metrik, kata Majlis Emas Sedunia (World Gold Council).



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini