Empat instrumen Penting Perdagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Empat instrumen Penting Perdagangan

Apakah komponen yang menjadikan perdagangan Forex suatu yang mustahil jika ia tiada? Benar, instrumen perdagangan — aset-aset yang anda beli dan jual, meraih keuntungan dari perbezaan harganya.

Sebelum memasuki pasaran, menguji beberapa strategi yang berbeza, dan membina strategi yang «dibina khas untuk kesesuaian dengan anda», anda harus mengetahui jenis-jenis instrumen perdagangan yang paling utama. Jenis-jenis yang asas adalah pasangan matawang, komoditi, saham, dan indeks. Mari kita ulas satu persatu supaya anda boleh pilih apa yang harus didagangkan selepas ini!


Instrumen perdagangan

Setiap pedagang FBS mempunyai peluang untuk membuka posisi di pelbagai aset kewangan seperti saham, indeks, matawang, dan komoditi – semuanya di satu platform.

Pasangan matawang

Di pasaran Forex, anda beli dan jual pasangan matawang. Matawang pertama pada pasangan dipanggil matawang asas, sementara matawang kedua dipanggil matawang sebutharga. Bila anda letakkan pesanan untuk suatu pasangan matawang, anda membeli matawang asas dan menjual matawang sebutharga. Sebagai contoh, EUR/USD= 1.122 bererti anda boleh tukarkan 1 euro untuk mendapatkan 1.122 dolar AS. Pasangan matawang major sentiasa mengandungi USD dan adalah yang paling popular di Forex. Pasangan matawang minor atau pasangan silang tidak melibatkan dolar AS tetapi tetap berkecairan tinggi (EUR/GBP, GBP/JPY, dan EUR/CHF). Pasangan matawang eksotik menawarkan spread yang lebih besar tetapi melibatkan matawang-matawang global yang kurang popular dan lebih meruap. Jika anda bukan seorang yang pakar, jangan cuba-cuba berdagang eksotik.


Komoditi

Komoditi adalah bahan mentah yang boleh dibeli dan dijual. FBS menawarkan komoditi yang paling popular seperti logam berharga (emas – XAU/USD, perak – XAG/USD, platinum, dan paladium), Jika anda buka MetaTrader, anda akan lihat WTI Oil dan Brent Oil. Sebagai contoh, untuk dagangkan WTI pada bulan Julai 2020, anda perlu pilih WTI-20Q. Ini adalah Kontrak Untuk Perbezaan (CFD – Contract For Difference), huruf terakhir pada simbol menunjukkan bulan tarikh luput. WTI-20Q luput di bulan Julai. Untuk dagangkan minyak Brent di bulan Ogos tahun ini, anda harus pilih BRN-20V.


Saham

Di dalam pasaran, setiap sesuatu ada harganya. Bila suatu syarikat disenarai awam, ia membiarkan pasaran memutuskan berapakah nilainya. Untuk itu, ia membahagi-bahagikan pemilikannya kepada sekian banyak pecahan dan menawarkan kepada masyarakat umum untuk membelinya. Pecahan ini dipanggil saham, manakala keseluruhan saham yang disenarai adalah stok syarikat. FBS menawarkan beraneka pilihan saham yang popular seperti Amazon, Apple, Tesla, Google, Facebook, dan banyak lagi. Anda boleh semak senarai penuhnya di laman web kami.


Indeks

Indeks adalah segugusan saham-saham individu, yang sering diberikan penarafan oleh institusi-institusi bebas seperti bank-bank atau syarikat kewangan yang besar. Indeks saham yang paling terkenal adalah S&P 500. Ia mengandungi 500 buah syarikat gergasi AS. Indeks ini menunjukkan prestasi pasaran saham berdasarkan risiko dan perolehan syarikat-syarikat ini. Kebanyakan pedagang menggunakannya sebagai ukuran utama sentimen keseluruhan pasaran. Ada juga beberapa indeks saham lain seperti NASDAQ, Dow Jones, dll. Untuk dagangkan indeks-indeks yang disebut diatas, anda harus pilih kontrak untuk perbezaan (CFD) serta CFD minyak.


Kesimpulan

Kini anda punyai semua maklumat yang anda pelrukan untuk pemahaman asas tentang instrumen perdagangan. Jika anda seorang yang benar-benar baru bermula, mulakan berdagang dengan pasangan matawang major. Ikuti berita dan baca analisis untuk sentiasa maklum mengenai perkembangan yang terkini. Bila anda sudah berasa yakin, tambahkan minyak (XAU/USD) dan indeks-indeks saham ke dalam portfolio anda. Tinjau buku panduan kami untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan. Selain dari itu, anda akan temui strategi-strategi forex yang berguna di seksyen "Tips Untuk Pedagang" kami. Selamat berjaya!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini