FBS Copytrade telah melancarkan satu fitur baru iaitu 'PRO Trader' - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS Copytrade telah melancarkan satu fitur baru iaitu 'PRO Trader'



Pasukan FBS CopyTrade dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran fitur baru 'PRO Trader'. PRO adalah barisan pedagang yang telah dipilih secara teliti oleh pasukan FBS CopyTrade untuk memudahkan pengguna aplikasi memilih pedagang yang ingin ditiru dengan lebih mudah.

Pedagang PRO boleh menetapkan komisen yang mereka rasakan sesuai, dan mereka ini boleh dikenali di aplikasi FBS CopyTrade dengan tanda 'PRO' berwarna hijau berdekatan dengan gambar mereka. Tanda ini menunjukkan pedagang tersebut berada di dalam kumpulan yang terdiri daripada golongan profesional dan berkebolehan tinggi. Dengan menyalin pedagang 'PRO', pengguna dapat mengurangkan risiko dan menambah peluang untuk membuat keuntungan.

Hanya pelabur PRO boleh meniru pedagang-pedagang PRO. Untuk menjadi pelabur PRO, pengguna mestilah telah mendepositkan $500 atau lebih, secara total, sepanjang sejarah pelaburannya di aplikasi FBS CopyTrade. Jika anda mahu menjadi seorang pedagang PRO, hubungi Pasukan Khidmat Bantuan Pelanggan FBS, dan kami akan pertimbangkan permohonan anda seberapa segera yang mungkin!

Dapatkan keistimewaan meniru pedagang yang paling berpengalaman dan tingkatkan potensi keuntungan anda di aplikasi FBS CopyTrade!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini