Krona adalah mata wang rasmi Iceland, sebuah negara pulau di Lautan Atlantik Utara yang terletak di atas Mid-Altantic Ridge.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík, dengan kawasan sekitar bandar di wilayah barat data negara ini menjadi penempatan bagi dua per tiga penduduk negara ini .
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Dari segi sejarah, Iceland sangat bergantung kepada perikanan, yang masih memberikan 40% daripada pendapatan eksport dan menggajikan 7% tenaga kerja walaupun jumlah stok ikan menurun.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pada tahun1990-an, Iceland memperkenalkan reformasi pasaran bebas yang luas dan hasilnya memperoleh beberapa peringkat tertinggi dunia untuk kebebasan awam dan ekonomi, egalitarianisme dan mendapat pujian atas pertumbuahn ekonominya yang kuat dan sistem kewangan yang berkembang pesat.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Menjelang 2007, negara ini berada di kedudukan ke-7 dalam senarai negara paling produktif per kapita di dunia pada harga AS $54, 858 dan ke-5 dalam pariti kuasa pembelian KDNK ($ 40,112).
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pada tahun 2008, sistem kewangan runtuh sepenuhnya dalam krisis kewangan yang meluas kerana disebabkan kegagalan bank. Iceland terpaksa mendapatkan dana kecemasan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa dan beberapa negara Eropah pada bulan November 2008.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀