Siap sedia untuk pengumuman NFP pada 7 Ogos 2020 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Siap sedia untuk pengumuman NFP pada 7 Ogos 2020



NFP (NonFarm Payrolls) memberitahu perubahan bilangan orang yang digajikan pada bulan sebelumnya, tidak termasuk mereka yang berkerja di sektor perladangan. Ia antara pengumuman kewangan yang paling ditunggu-tunggu. Secara amnya, ia digunakan untuk mengukur kekuatan ekonomi Amerika Syarikat.
Secara umumnya, bacaan yang tinggi dilihat sebagai positif (atau bullish) untuk USD, manakalah bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif (atau bearish).

Pengumuman NFP akan datang amat penting sekali. Di minggu-minggu yang baru berlalu, para pelabur kecewa dengan USD lantaran dari kebimbangan mereka tentang pemulihan ekonomi AS. Tambahan lagi, ahli-ahli politik Democrat dan Republican tidak sehaluan tentang pakej bantuan koronavirus, yang menyukarkan Kongres meluluskan undang-undang yang amat diperlukan dan menghidupkan semula ekonomi.

Indeks dolar AS, yang mengukur prestasinya berbanding segugusan matawang lain, jatuh hingga hampir 5% di bulan Julai. Pengumuman data ini akan menunjukkan sama ada keadaan benar-benar seburuk itu. Jika daftar gaji bukan perladangan Amerika dan indikator-indikator lain ternyata lebih baik dari unjuran, ia akan menunjukkan bahawa pasaran telah menjadi terlalu pesimistik. EUR/USD, GBP/USD, dan AUD/USD akan jatuh. Jika NFP mengecewakan, USD akan kekal lemah.

Apa pun yang terjadi, siap sedia untuk pergerakan besar di pasaran pada hari Jumaat ini. Rangka strategi perdagangan berita serta pengurusan risiko, dan berdagang untuk raih keuntungan besar!

Siap sedia untuk pengumuman NFP pada 7 Ogos, 15:30 masa MT!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini