Ke mana arah tujuan Fed AS? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ke mana arah tujuan Fed AS?



Beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi AS menyaksikan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan, kadar faedah yang lebih rendah, pasaran buruh yang kuat, pengembangan ekonomi yang terbantut dek wabak koronavirus, dan inflasi yang rendah walaupun terdapat pasaran buruh kuat seperti yang telah disebutkan.

Berikut adalah poin-poin penting yang disebut oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell, sewaktu mengulas faktor-faktor ini dan keadaan semasa.

1) Peluang pekerjaan dan pasaran buruh adalah keutamaan besar dalam dasar monetari.

2) Inflasi sekarang terlalu rendah — dan ia tidak elok untuk ekonomi. Justeru, ia akan dibiarkan meningkat ke paras sasaran 2% untuk melonjakkan lagi pasaran buruh dan ekonomi. Bila ia sudah melepasi 2%, Fed akan mengkaji semula rancangan ini bila perlu.

3) Kadar faedah akan kekal rendah sehingga inflasi sudah jauh melepasi sasaran 2%.

4) Jangkaan pertumbuhan direndahkan dari 2.1% hingga 1.8%.

5) Menangani krisis koronavirus dan kesannya berbeza dari krisis kewangan global 2008.
Koronavirus adalah krisis kesihatan, manakala krisis kewangan dunia adalah krisis kewangan sejati.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini