Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dengan mata wang dolar mengukuh, dipacu oleh laporan data tuntutan pengangguran yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1430/1480 berbanding dolar AS pada 4.1420/1450 ketika ditutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata tuntutan pengangguran AS adalah lebih baik daripada jangkaan yang menunjukkan penurunan kepada 881,000 daripada 950,000.

"Kami menjangkakan beberapa pembetulan ke atas ringgit hari ini memandangkan dolar telah mengukuh dengan indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.05 peratus kepada 92.79.

"Pasaran juga akan menyaksikan beberapa aktiviti pengambilan untung mengambil tempat kerana ringgit telah meningkat dengan agak banyak," kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, ketua strategi pasaran global AxiCorp, Stephen Innes, berkata terdapatnya sedikit risiko yang dicetuskan oleh penjualan sektor teknologi AS.

"Bagaimanapun untuk hari ini, saya menjangkakan trend perdagangan yang pelbagai akan menguasai pasaran menjelang laporan 'Non Farm Payroll' AS lewat hari ini," tambah beliau.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0363/0404 daripada 3.0351/0380 sebelumnya dan lebih rendah berbanding yen pada 3.9037/9088 daripada 3.8929/8968 semalam.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.5027/5098 daripada 5.4981/5037 dan lemah berbanding euro kepada 4.9115/9187 daripada 4.8967/9015 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini