Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, RM4.145 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, RM4.145



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini berbanding dolar AS, disokong oleh permintaan diperbaharui untuk mata wang tempatan.

Ia susulan prospek ke atas dolar AS kekal lemah, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.10 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1450/1500 berbanding mata wang dolar daripada 4.1470/1520 ketika ditutup Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata unit tempatan boleh terus mengukuh meskipun pada umumnya, pelabur telah membeli mata wang dolar dengan banyak minggu lalu.

"Terdapat juga pembelian secara minimum untuk mata wang pasaran baharu muncul," katanya.

Mengulas lanjut, Innes berkata memandangkan Rizab Persekutuan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk jangka panjang, para pelabur masih lagi berminat untuk terbabit semula dalam menjalankan perdagangan berisiko dengan China.

"Seperti yang kami sarankan dua minggu lepas, mata wang ASEAN ketinggalan dengan beta yang lebih kukuh dan dengan hubungan perdagangan yang berterusan dengan China, seperti ringgit, mata wang ASEAN ini perlu diperdagangkan dengan lebih baik," ujar beliau.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit turut diniagakan tinggi.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0371/0410 daripada 3.0410/0458 Jumaat lalu dan meningkat berbanding yen kepada 3.8968/9026 daripada 3.9042/9100.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4942/5012 daripada 5.5143/5213 dan menambah berbanding euro kepada 4.9069/9132 daripada 4.9150/9214.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini