Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit merosot sedikit ketika ditutup petang ini menjejaki pasaran minyak global.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1370/1400 berbanding 4.1300/1340 ketika ditutup petang Selasa.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti sambutan Hari Malaysia.

Penganalisis berkata, pergerakan harga minyak mempunyai impak besar ke atas mata wang tempatan memandangkan hasil negara diperoleh daripada industri berasaskan petroleum.

Pada penutup, penanda aras minyak Brent berada pada AS$42.10 setong.

Di pasaran lebih meluas, beliau berkata, pasaran secara keseluruhan kekal lengang dengan pelabur menantikan pemangkin baharu untuk merancakkan pasaran tempatan.

"Dengan bermulanya secara rasmi Bandar Malaysia pada Selasa, kami menjangkakan pelaburan asing terutamanya dari China akan mengalir masuk, sekali gus memberi rangsangan kepada ekonomi tempatan terutamanya sektor pembinaan. Ini akan turut membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan," kata beliau.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0433/0459 daripada 3.0352/0386, lega berbanding pound kepada 5.3669/6729 daripada 5.3256/3324 pada Selasa.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.8812/8852 daripada 4.9060/912, tetapi lebih rendah berbanding yen kepada 3.9483/9523 daripada 3.9062/911. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini