Ringgit kembali meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali meningkat


KUALA LUMPUR: Ringgit kembali mengukuh dan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian baharu, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1620/16660 berbanding dolar AS daripada 4.1700/1740 pada penutupan semalam.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus berikutan pengurangan OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif tahun ini sejak bulan Januari.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata langkah yang dilakukan oleh BNM itu sudah dijangka.

"Ringgit didagangkan pada paras terbaik, ia berikutan tahap sentimen risiko global dan harga minyak yang lebih rendah selepas Institut Petroleum Amerika (API) mencatatkan peningkatan dalam inventori minyak mentah," katanya kepada Bernama.

Menurut data API, stok minyak mentah AS naik tiga juta tong pada minggu yang berakhir 4 September.

Sementara itu, UOB Bank menjangkakan kadar faedah Malaysia untuk terus kekal 'status quo' sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama tahun depan, tanpa mengambil kira berlakunya sebarang kejutan negatif.

Keputusan dasar monetori seterusnya dijadualkan berlangsung pada 3 November depan, mesyuarat MPC BNM terakhir bagi tahun ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0426/0467 daripada 3.0447/0487 pada Rabu dan melonjak berbanding yen kepada 3.9220/9261 daripada 3.9314/9363.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.4198/4266 daripada 5.3985/4053 dan jatuh berbanding euro kepada 4.9266/9330 daripada 4.9060/9124.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini