Ringgit akhiri dagangan lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit akhiri dagangan lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan mingguan untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan pengukuhan dolar, sementara peningkatan kes COVID-19 terus menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan didagangkan kepada 4.1530/1570 berbanding dolar AS berbanding 4.1520/1570 ketika ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata penurunan marginal dalam ringgit selaras kejatuhan harga minyak, yang terus memberi tekanan kepada permintaan susulan peningkatan kes COVID-19.

"Bagaimanapun, dengan Pilihanraya Presiden AS pada 3 November semakin hampir, aktiviti pasaran mata wang menyederhana di seluruh Asia dengan kebanyakan mata wang serantau juga menjejaki pergerakan yuan," katanya.

Ketika laporan ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.35 peratus lebih tinggi kepada AS$37.80 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0468 berbanding ketika ditutup 3.0469/0517 pada Rabu dan ia lebih baik berbanding pound British kepada 5.3806/3866 daripada 5.3860/3929.
Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8470/8529 daripada 4.8778/8841, namun menyusut berbanding yen kepada 3.9757/9814 daripada 3.9835/9894 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini