Kurang permintaan, ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kurang permintaan, ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi kerana kekurangan permintaan manakala nilai dolar yang kukuh telah menghalang minat pelabur ke atas mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1570/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1520/1570 ketika ditutup pada petang Rabu.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul.

Peniaga berkata, pasaran kembali dicengkam rasa bimbang berikutan pasaran minyak yang tidak menentu serta kes COVID-19 seluruh dunia yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Belanjawan 2021 yang bakal dibentang pada 6 November depan turut menjejaskan aliran mata wang tempatan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0419/0474 daripada 3.0469/0517 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3746/3828 daripada 5.3860/3929.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro pada 4.8525/8611 daripada 4.8778/8841 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9765/9834 daripada 3.9835/9894 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini