Ringgit berbanding dolar AS kekal rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit berbanding dolar AS kekal rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini walaupun dolar mencatatkan penyusutan sementara dalam tempoh semalaman.

Prestasi ini susulan tumpuan kembali terarah kepada kemerosotan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai kenaikan jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1650/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1680 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata ketidakpastian berlanjutan yang menyelubungi pilihan raya presiden dan ekonomi AS telah menyeret turun mata wang negara maju itu.

Ketika ini, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa turun 1.63 peratus kepada AS$40.53 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0600/0656 daripada 3.0595/0636 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4262/4357 daripada 5.4224/4288.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.9853/9931 daripada 3.9801/9847 ketika ditutup semalam namun meningkat berbanding euro kepada 4.9051/9150 daripada 4.9169/9220. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini