Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1420/1500 berbanding dolar AS, daripada 4.1320/1400 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Pada masa ini, minyak mentah Brent merosot 1.31 peratus kepada AS$42.29 setong.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Edward Moya berkata Bank Rakyat China telah mengambil langkah pada hujung minggu untuk memperlahankan kenaikan yuan China baru-baru ini dengan memansuhkan syarat syarikat kewangan memegang 20 peratus rizab apabila membeli mata wang asing untuk penyelesaian ke hadapan.

Ringgit Malaysia mempunyai hubungan positif dengan yuan.

"Pasaran kewangan berada pada kedudukan mencari risiko berikutan harapan berterusan bahawa pakej rangsangan fiskal Amerika Syarikat akan wujud," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0519/0580 daripada 3.0474/0542 pada Jumaat lepas, dan merosot berbanding pound kepada 5.3950/4070 daripada 5.3456/3576 sebelum ini.

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.8884/8982 daripada 4.8741/8840 pada Jumaat, dan susut berbanding yen kepada 3.9257/9336 daripada 3.9014/9101 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini