Ringgit ditutup lebih lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berundur daripada kemaraan hari sebelumnya selepas sentimen diheret dengan lonjakan kes COVID-19 global, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0960/0010 berbanding dolar AS daripada 4.0850/0890 yang dicatatkan semalam.

Menurut penganalisis itu, peningkatan jumlah kes COVID-19 telah melanda sentimen pasaran dan membendung permintaan terhadap mata wang baru muncul termasuk ringgit, mengimbangi impak berita mengenai penemuan vaksin.

Berdasarkan pengumuman Kementerian Kesihatan hari ini, angka kes COVID-19 telah meningkat kembali kepada empat digit iaitu 1,290 jangkitan dengan empat kematian direkodkan, secara kumulatif, kes melepasi paras 50,000 selepas jangkitan pertama melanda negara ini pada 25 Januari lalu.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0417/0466 daripada 3.0471/0513, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4092/4191 daripada 5.4298/4355 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8452/8523 daripada 4.8562/8614 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit melemah berbanding yen kepada 3.9362/9414 daripada 3.9328/9378 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini