Ringgit susut berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit susut daripada peningkatannya sebelum ini apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mengalami penurunan akibat pemulihan minat terhadap risiko.

Indeks dolar AS yang mengukur nilai unit negara maju itu berbanding mata wang utama, meneruskan penyusutannya untuk sesi kelima berturut-turut.

Pada 9.15 pagi, ringgit berada pada paras 4.0930/0980 berbanding dolar AS daripada 4.0850/0890 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes menjangkakan berlakunya penurunan ringgit hari ini, didorong oleh sentimen global yang suram.

"Ini bukanlah berita yang baik untuk ringgit kerana terus ditekan oleh kebimbangan mengenai perkembangan negatif harga minyak selain peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19," katanya.
Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0465/0505 daripada 3.0471/0513 pada Rabu, mengukuh berbanding euro kepada 4.8449/8516 daripada 4.8562/8614 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4163/4233 daripada 5.4298/4355 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding yen kepada 3.9413/9465 daripada 3.9328/9378 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini