Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peningkatan dalam pasaran tempatan dan serantau.

Pada 9.10 pagi, unit tempatan berada pada 4.1000/1050 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1070 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, mata wang Malaysia, yang mencatatkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ketara pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 dan kehilangan pendapatan pelancongan, semakin pulih susulan berita mengenai vaksin.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0522/0570 daripada 3.0537/0576 semalam, naik berbanding yen kepada 3.9289/9441 daripada 3.9329/9381 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8597/8673 daripada 4.8674/8750.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.4313/4383 daripada 5.4245/4319 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini