Ringgit teruskan pengukuhan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan pengukuhan



KUALA LUMPUR: Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen risiko bertambah baik susulan pemeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada Ahad lalu.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1040/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1140/1190 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran global yang lebih meluas, termasuk dagangan minyak mentah semakin baik dalam keadaan keyakinan terhadap penemuan vaksin COVID-19.

Pada 9.40 pagi, minyak mentah Brent meningkat 0.71 peratus pada AS$44.13 setong.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0518/ 0564 daripada 3.0562/0604 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.9284/9345 daripada 3.9350/9405.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.8678/8765 daripada 4.8722/8798 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4247/4334 daripada 5.4185/4268 ketika ditutup pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini