2020: Tahun momen paling bersinar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

2020: Tahun momen paling bersinar

 Sekarang, kita semua tahu bahawa 2020 adalah tahun yang unik.

Semua orang merasakan tempias kemelut tahun ini. Namun, hari ini kita boleh katakan dengan pasti bahawa kita semua telah berusaha keras untuk menjadikan setiap hari hari yang indah. Sebelum kita membuka lembaran baru, mari kita imbau kembali beberapa momen terbaik di tahun 2020. Kami berjanji akan menunjukkan kepada anda realiti sebenar tahun ini – terus setia bersama walaupun kita harus berjauhan.

Tahun Bintang Bergemerlapan


Sekiranya anda tidak tahu bagaimana permulaan tahun 2020 untuk FBS, anda sudah terlepas suatu yang mengujakan! Dengan usaha keras tanpa henti selama beberapa tahun, FBS berjaya membuktikan dirinya sebagai sebuah broker yang andal dipercayai dan bercita-cita besar. Tahun ini kami telah menemui rakan niaga yang berkongsi iltizam dan semangat yang sama – FC Barcelona. Dua jenama besar ini berpadu tenaga untuk mencipta suatu sinergi kerjasama yang benar-benar mendunia.

Tentu sekali kami tahu bahawa semua ini berjaya terlaksana berkat sumbangan dan kesetiaan para pedagang kami yang luar biasa, jadi perkara pertama yang kami lakukan setelah menjadi rakan kerjasama rasmi FC Barcelona adalah membalas budi komuniti perdagangan kita. Beberapa pedagang bertuah telah berpeluang menonton pertandingan FC Barcelona secara langsung dan memenangi jersi, yang diautograf oleh pasukan tersebut! Satu pengalaman yang luar biasa!

Terima kasih, Keluarga FBS!


Tahun Setia Bersama

Pedagang baru!

Bercakap mengenai para pedagang kami, pada tahun 2020, keluarga FBS yang menakjubkan bertambah besar: dengan dua juta lagi pedagang baru dari seluruh dunia, jumlah kita kini telah mencapai 16 000 000 orang! Dan ia terus berkembang, lebih kuat daripada sebarang trend lain.

Rakaniaga baru!

Sudah tentu, kami juga harus meraikan rakaniaga kita, tahun ini jumlah mereka melebihi 550 000 orang! Rakaniaga kami telah bekerja keras pada tahun ini: walaupun terdapat ketidakpastian dan sekatan di banyak wilayah justeru dari pandemik, mereka kerap mengadakan webinar dan membantu ramai pedagang di seluruh dunia menceburkan diri dalam dunia Forex. Kami rasa amat berbangga dapat mengucapkan bahawa kita telah menempuhi cabaran itu bersama-sama.


Tahun Penghijrahan Digital

Apa sahaja yang anda lakukan dalam perdagangan anda, pasukan FBS kami sentiasa menyokong anda. Aplikasi FBS telah menjadi lebih baik, lebih mudah lagi memudahkan sehingga tidak ada apa yang dapat menghalang anda dari mencapai cita-cita anda!

FBS – Trading Broker

Pasukan FBS - Trading Broker telah membina modul bimbingan untuk membantu golongan pemula bertatih ketika mereka baru bermula dan mencipta reka bentuk baru yang gempak untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan. Kami tahu anda sukakannya kerana pada tahun ini, aplikasi ini telah mencapai lebih 3 juta muat turun! Hebat!

FBS Trader – Platform Perdagangan Serba Lengkap

Semakin ramai pedagang menyertai usaha kami untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan mudah alih: lebih 4 juta pedagang baru di FBS Trader tahun ini! Kami telah menambah 77 lagi instrumen perdagangan untuk pengalaman perdagangan yang terulung, termasuk CFD, Saham, dan Matawang Kripto. Dengan ciri reka bentuk baru seperti beralih antara akaun perdagangan dengan hanya satu swipe serta navigasi instrumen yang lebih baik, kami yakin bahawa anda takkan pernah terlepas peluang lagi!

FBS CopyTrade


Akhir sekali, aplikasi pelaburan kami yang luar biasa telah menyaksikan peningkatan besar dalam penyertaan pelabur dan pedagang baru: lebih dari satu juta orang telah memuat turun aplikasi ini pada tahun 2020! Pasukan FBS CopyTrade telah memperkenalkan pelaburan bebas risiko, dan kita semua tahu betapa anda menyukai program tersebut! Dan, tentu saja, ciri baru – status pedagang PRO – membolehkan ramai peniaga dan pelabur mencapai tahap baru yang lebih tinggi.

Tahun Penghargaan

Tetapi bukan hanya anda yang menghargai semua kerja keras yang kami curahkan dalam keberadaan digital kami. Tahun ini FBS diberikan anugerahkan berkali-kali, membuktikan bahawa komuniti perdagangan bersetuju: FBS antara broker perdagangan yang terbaik di luar sana! Berikut adalah anugerah yang dirangkul FBS pada tahun 2020:

Best Forex Broker - Asia 2020 (CFI)

The Most Reliable Forex Broker MENA 2020 (The European)

The Most Reliable Forex Broker LatAam 2020 (The European)

The Most Reliable Forex Broker Asia 2020 (The European)

Best Forex Broker LatAm 2020 (Global Banking and Finance)

Best Forex Broker (Smart Vision Investment EXPO 2020)

Best Mobile Trading Platform Asia 2020 oleh Global Banking and Finance

Best Mobile Trading Platform Egypt 2020 oleh Egypt Expo 2020

Best Social Trading Application MENA 2020

Best Copy Trading Application

Best Copy Trading App

Kami menghargai semua kasih sayang dan sokongan, dan berjanji untuk terus berusaha dan meningkatkan mutu perkhidmatan demi Keluarga FBS kami yang luar biasa!

Tahun Saling Membantu

Kita semua tahu bahawa dalam perdagangan, masa pantang disia-siakan! Masa anda semahal emas!

Pasukan Khidmat Pelanggan FBS

Pada tahun 2020 Pasukan Khidmat Pelanggan kami telah membantu semua orang yang menghubungi mereka – dan mereka melakukannya dengan penuh bergaya! Tahun ini pasukan sokongan kami yang luar biasa memproses 1 300 000+ sesi perbualan dan 240 000+ emel. Masa menunggu rata-rata adalah 35 saat, yang terlalu singkat walaupun untuk menyeduh teh semasa anda menunggu: tidak ada masa yang terbazir. Anda telah meninjau artikel Pusat Bantuan kami sebanyak 750 000+ kali.

Kami teruja melihat purata markah penilaian yang anda berikan kepada Pusat Bantuan kami: 97.5%! Kami sangat berterima kasih atas pujian anda dan berjanji untuk terus berkembang dan memastikan anda sentiasa mendapat bantuan yang anda perlukan!

Analitik FBS

Tahun ini kami melancarkan satu fitur baru - analitik VIP! Dengan laporan berita harian, pergerakan matawang utama, dan analisis teknikal instrumen yang paling menarik, para pedagang pasti akan sentiasa mengetahui perkembangan terkini! Segala-galanya di satu tempat dan disediakan untuk anda setiap hari.

Dan, tentu saja, kami menganjurkan lebih daripada 370 webinar dan menerbitkan 3 000+ video pendidikan – kami harap anda sudah tonton kesemuanya sekali!


Tahun Membalas Budi

Bercakap mengenai tolong-menolong: adalah penting untuk kita sentiasa berusaha menolong mereka yang kurang bernasib baik, tetapi ia menjadi lebih penting lagi pada tahun 2020!

Trade to Help

Pada bulan April, kami telah melancarkan promo tahunan yang lazim kami buat anjurkan saban tahun pada bulan Ramadhan untuk membantu masyarakat di beberapa negara Islam, tetapi tahun ini, kami merombak kembali promo tersebut untuk turut membantu orang lain juga. Hasil kutipan dari promosi Trade to Help telah memukau kami! Pelanggan FBS yang bermurah hati telah berjaya menjana lebih dari $434 000+ dan seterusnya membantu lebih dari 20 000 orang di 10 buah negara! Kami sukar mempercayai mata kami ketika melihat angkanya. Perkara ini sangat dihargai, terutama pada di waktu keadaan tidak menentu. Dengan promo Trade to Help, kami berjaya membantu komuniti di Indonesia, Brazil, Colombia, Malaysia, dan negara-negara lain.


Dreams Come True

Tahun ini FBS merealisasikan impian menjadi kenyataan dalam acara amal bulanan kami. Dreams Come True adalah peraduan di mana impian yang tersimpan sekian lama di dada menjadi kenyataan. Kami telah memilih 12 pedagang bertuah dan memenuhi impian mereka, dari gerabak elektrik untuk menjaja gula-gula sehinggalah kaki palsu! Puas sungguh perasaan kami bila melihat orang mulai percaya bahawa impian benar-benar mampu menjadi kenyataan!


Tahun Pertumbuhan

Dengan begitu banyak sekatan dalam perjalanan dan perhimpunan besar, tidak ada banyak peluang untuk bertemu dengan rakaniaga dan pedagang luar biasa kami, dan untuk menunjukkan pencapaian luar biasa kami kepada dunia.

Regulator baru: ASIC dan FSCA

Namun, kami memutuskan bahawa jika kami sendiri tidak dapat pergi ke negara lain, kami boleh bekerja keras dan menjadikan agar dunia yang datang kepada kami! Pada tahun 2020 FBS mendapat dua lagi lesen dari pengawal selia Australia (ASIC) dan Afrika Selatan (FSCA), yang membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang selamat dan boleh diandalkan di negara-negara tersebut!


Smart Vision Expo 2020


Tahun ini, ada banyak ekspo perniagaan dan kewangan dianjurkan di seluruh dunia, tetapi dengan penguatkuasaan lockdown, hampir mustahil untuk kami mengunjunginya. Namun, kami masih berjaya menghadiri satu darinya – Smart Vision Investment EXPO 2020 di Mesir. Sudah tentu, kami mematuhi semua langkah yang wajar dan mengambil langkah berjaga-jaga dan boleh mengatakan sekarang bahawa ia memang berbaloi! Kami telah berkongsi kepakaran kami sendiri dan, seperti biasa, mendapat beberapa idea bagaimana kami sendiri boleh menjadi lebih baik!

Siapa sangka bahawa semua ini boleh berlaku pada tahun lalu?

Ah, sebenarnya, kami memang sudah menjangkakannya. Kami sentiasa yakin dengan apa yang kami lakukan dan menuruti impian kami untuk membawa kejayaan kepada seberapa banyak orang yang mungkin! Oleh kerana yang menjadi impian kami adalah cabaran berikhtiar itu sendiri dan betapa ia tidak mempunyai noktah akhir, makan maka kami akan sentiasa berusaha. Kami akan berlayar menuju infiniti dan seterusnya, dan, tentu saja, kami akan meneruskan kembara mengejar kejayaan ini bersama dengan anda.

2021, nantikan kedatangan kami!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini