Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas mengukuh semalam berikutan kekurangan pemangkin baharu serta perkembangan membabitkan penularan COVID-19, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0480/0510 berbanding 4.0475/0530 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran ditutup hampir tidak berubah pada hari-hari terakhir 2020 hari ini dengan minat terhadap ringgit berkurangan ketika faktor risiko global terus menjadi tumpuan.

"Sentimen risiko global kini ketara ketika harga minyak terus bertahan dan menunjukkan bahawa ringgit terus dilihat menarik. Namun, kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ini sebaliknya boleh menjejaskan peningkatan ringgit dalam tempoh penghujung 2020 ini," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0484/0509 daripada 3.0483/0529 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.9584/9625 daripada 4.9570/9649 sebelum ini.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9039/9080 daripada 3.9114/9178 serta mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4527/4587 daripada 5.4856/4938 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini