OPEC+ telah menurunkan unjuran permintaan minyak pada tahun hadapan kerana pandemik Covid-19 masih terus memberikan kesan yang bukan kepalang. Berikut adalah sorotan utama laporan akhir untuk tahun ini:
— Ramalan pertumbuhan ekonomi global kekal di paras 4.4% untuk tahun 2021.
— Permintaan minyak global dijangka meningkat sebanyak 5.90 juta BPD menjadi 95,89 juta BPD tahun depan.
— Ramalan pertumbuhan minyak disemak lebih rendah sebanyak 350,000 tong sehari.
Ini justeru kerana ketidakpastian mengenai kesan pandemik koronavirus dan perkembangannya walaupun vaksin telah mula dilancarkan. Namun, OPEC+ berjaya mengimbangi pasaran minyak kerana harga minyak secara beransur-ansur meningkat sejak paras terendah bulan Mac. Oleh itu, optimisme tersebut dijangka berterusan pada 2021!