Ringgit ditutup kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup kukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini menjelang cuti perayaan Krismas dalam keadaan penurunan harga minyak mentah namun kekal di atas AS$51 setong.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0590/0620 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.0610/0650 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata masih wujud pendekatan berhati-hati yang diberi keutamaan dalam tempoh cuti ini yang mendorong aset berisiko kurang diberikan tumpuan pelabur susulan koronavirus jenis baharu.

"Bagaimanapun keyakinan terhadap vaksin dijangka menjadi pengaruh utama pada 2021, dengan keadaan yang baik bagi ringgit sememangnya sudah wujud namun situasi lebih positif juga diunjurkan akan menjelang untuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Pasaran tempatan akan ditutup esok sempena cuti umum bagi sambutan Krismas.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0537/0571 daripada 3.0463/0497 ketika ditutup semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.5186/5243 daripada 5.4490/4556.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9153/9193 daripada 3.9256/9298 dan stabil berbanding euro kepada 4.9479/9528 daripada 4.9516/9573 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini