Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas mata wang negara maju itu susut hari ini dengan pasaran lebih optimis terhadap rancangan membabitkan pakej rangsangan COVID-19 di AS.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS daripada 4.0320/0370 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata meskipun prestasi ringgit merosot hari ini, kombinasi kadar faedah yang rendah untuk jangka panjang dan jangkaan perjanjian rangsangan AS yang memberikan sokongan kepada selera risiko, terbukti mencukupi untuk mendorong penyusutan dolar AS.

"Bagaimanapun, sebenarnya masih terlalu awal untuk bimbang mengenai bila dasar bank pusat AS itu menjadi komponen penting dan akan memberi kesan terhadap penurunan dolar AS. Saya berpandangan, perkara itu akan berterusan sehingga 2021. Dolar AS dijangka susut terutamanya berbanding mata wang negara yang mencatat pertumbuhan positif," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0389/0428 daripada 3.0410/0460 pada Khamis dan meningkat berbanding yen kepada 3.8983/8029 daripada 3.9111/9171.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9451/9512 daripada 4.9315/9389 semalam, dan berakhir hampir tidak berubah berbanding pound kepada 5.4474/4540 daripada 5.4771/4851 sewaktu ditutup pada Khamis. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini