Ringgit dibuka rendah sedikit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka rendah sedikit


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar yang dirangsang oleh perundingan akhir mengenai cadangan rang undang- bantuan COVID-19 bernilai AS$900 bilion oleh pegawai Rumah Putih dan pemimpin kongres.

Pada 9.03 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS, daripada 4.0320/0370 semalam.

Seorang penganalisis berkata, walaupun perbincangan itu dijangka berlarutan sehingga hujung minggu, terdapat harapan yang tinggi bahawa rang undang-undang itu akan diluluskan sebelum musim cuti dan ini sekali gus mampu meringankan beban kewangan jutaan rakyat Amerika.

"Pemimpin kongres telah menyatakan perkembangan memberangsangkan beberapa hari lepas dan keyakinan amat tinggi untuk mengelakkan penutupan kerajaan," katanya.

Beliau menambah ringgit bagaimanapun lebih cenderung untuk meningkat ketika ditutup, didorong oleh harga minyak yang tinggi dan peningkatan jumlah mereka yang cuba mendapatkan faedah pengangguran di AS.

"Sekiranya pakej rangsangan itu tidak diluluskan, ia akan mengheret turun nilai dolar dan ini sudah pastinya memberi peluang untuk ringgit diniagakan lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0414/0463 daripada 3.0410/0460 ketika ditutup petang Khamis dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.9445/9510 daripada 4.9315/9389.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9076/9128 daripada 3.9111/9171 sebelumnya dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4698/4770 daripada 5.4771/4851.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini