- #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana pelabur memilih mata wang AS itu sebagai mata wang selamat dalam persekitaran peningkatan kes COVID-19 di peringkat global dan di tengah-tengah rangsangan fiskal AS$1.9 trilion Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada penutup dagangan, mata wang tempatan turun kepada 4.0470/0500 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0430/0460 pada Isnin.

Seorang peniaga juga berkata, sentimen dalam pasaran tempatan mudah terjejas dengan pelaksanaan sekatan perjalanan mempengaruhi selera pelabur dan sikap berhati-hati mereka menjelang semakan semula dasar Rizab Persekutuan AS pada minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0477/0511 daripada 3.0456/0485 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8988/8025 daripada 3.8946/8986.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5270/5327 daripada 5.5272/5329 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9078/9131 daripada 4.9106/9159 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini