Ringgit bermula kukuh, hampiri paras RM4.00 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit bermula kukuh, hampiri paras RM4.00 sedolar




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran terus mewujudkan keyakinan yang amat tinggi terhadap pemulihan pertumbuhan global pada 2021 dan trajektori menurun bagi dolar AS sebagai pandangan konsensus utama.

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.0100/0150 berbanding dolar AS daripada 4.0200/0250 sewaktu ditutup pada Khamis.

Beliau berkata, keyakinan bahawa pengedaran vaksin COVID-19 secara meluas akan memberikan permulaan ekonomi utama memberi rangsangan besar-besaran kepada keuntungan korporat.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0365/0414 daripada 3.0395/0444 pada Khamis lalu, naik berbanding euro kepada 4.9082/9156 daripada 4.9358/9427 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8898/8958 daripada 3.9018/9078 sebelum ini dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4829/4901 daripada 5.4905/4977 pada Khamis lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini