Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih rendah




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai sekatan pergerakan dan berlakunya kelewatan pengagihan vaksin COVID-19, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, mata wang tempatan itu susut kepada 4.0120/0180 berbanding dolar AS daripada paras 4.0040/0090 sewaktu ditutup pada Isnin.

Menurut peniaga, sentimen itu turut dijejaskan oleh prospek sektor minyak yang tidak menentu dan telah mempengaruhi prestasi ringgit.

"Pasaran minyak susut di pasaran secara meluas berikutan kebimbangan mengenai perintah sekatan pergerakan.

"Selama ini, pihak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berusaha sedaya upaya untuk sentiasa memantau harga dengan menekankan kepentingan kerjasama berterusan serta berwaspada susulan prospek tidak menentu," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun Jepun kepada 3.8906/8968 daripada 3.8968/0021 semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.9171/9261 daripada 4.9213/9291 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4455/4540 daripada 5.4743/4827 sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0403/0460 daripada 3.0402/0450 sewaktu ditutup semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini