January 2021 - InstaForex - Pasukan pilihan – Broker pilihan! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

January 2021 - InstaForex - Pasukan pilihan – Broker pilihan!


Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan kerjasama rakan niaga dengan salah satu kelab yang paling popular dan terkenal di Jerman dan di seluruh Dunia - Borussia Dortmund (BVB)

Kelab BVB bukan sahaja terkenal dari gelaran yang diterima oleh kelab itu (meskipun jumlah piala pasukan yang telah dikumpulkan dalam lingkungan lebih daripada 100 tahun sejarah kelab akan cukup untuk beberapa kelab digabungkan). Penyandang kepada 8 kali Kejuaraan Jerman, Pemenang dalam Piala Juara-Juara pada tahun 1966 (kejayaan pertama di Eropah yang dimenangi oleh pasukan Jerman), kejayaan dalam Liga Juara-Juara dan Piala Intercontinetal, 4 kali Piala Jerman dan 6 kali Supercup Jerman.

Namun begitu mungkin terdapat juga beberapa fakta lain yang menarik perhatian:

Borussia Dortmund boleh dikatakan sebagai sebuah kelab bola sepak Jerman yang paling popular serta diminati. Sebagai bukti, stadium Borussia, SIGNAL IDUNA PARK bukan sahaja memegang rekod Jerman malahan turut juga mencapai rekod Dunia untuk purata kapasiti kehadiran tertinggi dengan sejumlah 80,841 penyokong! Selain itu, ia juga merupakan stadium kedua paling meriah dengan sorakan gemuruh daripada penyokong di Eropah!

Stadium ini mempunyai ruangan teres terbesar untuk penonton berdiri (25,000) untuk memberikan sokongan di arena bola sepak Eropah, disamping itu turut dibarisi dengan penyokong Dortmund yang lebih dikenali sebagai "Yellow Wall" yang terkenal - dimana menjadi penyokong tuan rumah dengan laungan serta sorakan gemuruh yang mengekalkan tradisi kembali ke era tahun 1909!*

* Sumber maklumat – Borussia Dortmund

Dan semestinya faktor-faktor itu akan menjadi sesuatu yang telah menyatukan Borussia dan InstaForex. Walaupun sejarah InstaForex tidak dapat dibandingkan dengan Kelab Borussia, namun kami dianggap sebagai veteran dalam pasaran forex. Di samping itu, lebih daripada 7 juta pedagang telah membuka akaun dagangan bersama dengan Instaforex, justeru situasi ini mungkin adil untuk mengatakan bahawa «pasukan pilihan» bertemu «broker pilihan»! Dan kami akan menyediakan para pelanggan kami sebanyak mungkin pengalaman yang menakjubkan dari Borussia!

Mengulas mengenai kerjasama rakan niaga baru ini, Ildar Sharipov, yang merupakan Pengasas dan Presiden bagi syarikat InstaForex berkata: «Pada masa ini, InstaForex bukan sahaja sebuah firma broker tetapi sebaliknya sebuah syarikat IT, yang membuat banyak pelaburan dalam teknologi dan berusaha untuk menawarkan para pelanggan dengan produk-produk inovatif yang baru secara teratur dan tersusun. Adalah diketahui umum bahawa IT turut memainkan peranan penting dalam kancah arena bola sepak, jadi kita tidak hanya mencari sebuah pasukan yang terkemuka tetapi juga untuk peminat teknologi dalam bola sepak yang merupakan rakan niaga paling sempurna selaras dengan falsafah perniagaan kami. Berikutan daripada faktor ini, ia adalah pilihan yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama bersama pasukan seperti Borussia Dortmund. Kami berharap dapat bekerjasama dengan kelab untuk terus membangunkan jenama masing-masing di pasaran Asia dan CIS.

Turut mengalu-alukan rakan niaga baru ini Ketua BVB Asia, Suresh Letchmanan yang memberi ulasan di mana: «Kami amat gembira dan berbesar hati kerana telah menjadikan syarikat Instaforex sebagai salah satu rakan niaga bagi Borussia Dortmund. Jalinan kerjasama dengan syarikat perdagangan Forex secara atas talian yang terkemuka adalah kemenangan dan impak positif bagi semua pihak - terutama sekali para peminat dalam pasaran Asia dan CIS yang boleh mengharapkan lebih banyak aktiviti yang menarik bersama BVB.























Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini